Jumaat, 22 Ogos 2008

Kisah Ku Dan Dia

Hai sume….. hari aku seperti biasa ok je….. kerja di opis tidak la byk.... sume aku penuhi masa2 terluang dgn main sms dgn kawan2 n kekasih??????? Kekasih???????? Aku ada kekasih ke???? Emmmm yup Dia insan yg memberiku sinar setiap kali kami bertemu.Pertemu yg tanpa diduga membuahkan benih cinta dan saying dihati kami… tarikh 10.2.08 suatu tarikh mengenalkan aku dgn dia….. bermula dgn dia menolong kawan di masa bulan pilihan raya menjelma….kira cinta pilihan raya la ni…. Klau difikir aku tergelak sendiri.... mcm lawak pun ada mcm mn dlm byk2 lelaki aku blh minta kawanku sampaikan salam kt jejaka berbaju merah pada hal aku sendiri tidak wajah dia mcm...... dari situ kami bertukar2 no fon tu pun melalui kawan ku.... dia cuba utk melihat wajah ku tp ada je yg membataskannye sampai la ada meeting utk petugas pilihanraya.... bagai nk gugur jantung ku bila kawan ku berbisik di telingaku bahawa sidia ada kerusi belakang barisan kerusi tempat ku duduk.... adooohhhhh sesak pun ada.... kawanku berhabis2an minta aku toleh kebelakang aku buat do no je.... sehingga la aku terima pesanan sms melalui hp ku….. rupanya dia…dia mintaku toleh….dlm hati tertanya2 nak ke aku menoleh…. Takut nnt bila dia melihat wajah ku perhubungan kawan kami terputus… masa tu aku fkr wajah yg cantik senang dimiliki….. akhirnya aku memberanikan diri utk menoleh dia… kami saling berpandang dan senyuman terpancar di riak dua2 wajah…. Sejak dri situ kami kerap berhubung….dri seblm pilihanraya sampai sesudah pilihanraya dia penemanku…. Setiap mlm dia akan menemanku balik ke umah…. Lepas sampai di umah kami berhubung melalui telefon lak…. Sesudah pilihanraya berakhir kami still berhubung…. Aku ingat lagi tempat prtama kami kuar date kt “tmn tasik perdana” menjadi pilihan kami utk lepak…. Dgn makan aiskrim conneto kami berborak2 mengenai diri sendiri n family…. Perhubungan kami berlarutan hingga kini dri seorg kawan bertukar memjadi kekasih…. Dan “tmn tasik perdana” juga la tmpt kami 1st date selepas kata2 cinta diucapkan…. Adohhh klau difikir mmg aku nk ketawa... dia xmahu kini mahu..... kita malu tp mahu la...hehehhehee..... aku sentiasa doakan hubungan kami kekal bkn sahaja sbg kekasih tetapi kepada ikatan yg sah bersaksikan 2 wali dan wakil iaitu menjadi pasangan suami isteri.I’Allah.amin... aku bkn nk bangga dgn cinta ku kini tp sekurang2nya kini aku rasa la bila ada seorg lelaki yg menyayangi kita, boleh terima kita dan paling penting boleh mendidik kita utk menuju apa yg dicari utk hidup.Sekarang hanya tunggu masa utk aku membawanya utk berjumpa dgn family ku begitu juga dgn dia.Sure bila nk jumpa family dia jantung aku bagai org yg akan bertarung dgn pembedahan ye la kan jantung, hati, fikiran dan dada sure tiba2 gagal berfungsi kerana fikiran dh mula menggelabah..... jgn aku terkantoi sudah...mana la tau tiba2 air dicawan tiba2 tertumpah kerana jiwa menggelabah.... aku doa sume tu xmungkin berlaku...klau berlaku sure aku akan tersipu2 malu lepas tu jadi blur..... hehehehehe..... Dah la klau dh ketentuan Allah S.W.T dia jodoh ku aku merupakan menantu sulung.... xkan blh spoiiiiiillll kot... malu la nnt kat bakal2 adik ipar ku.... silap2 aku jd bahan ketawa lak.... lupa lak kan sibuah hati aku ni merupakan anak sulung dlm adik beradik dan aku lak anak bongsu.... ramai yg aku dgr ckp anak sulung n anak bongsu padan klau bersama....itu kata org iye ke tidak diri sendiri yg penting.... klau hati, keikhlasan, kejujuran dan perasaan sayang t’hdp pasangan xde pun xguna lak....hehehehhe.... bagi aku jika diberi pilihan pilih antara cinta dan sayang aku akan memilih sayang kerana bgku sayang pengertiannya sgt memdalam ye la kan cinta sapa2 je leh bagi tp utk kita syg seseorg mengambil masa.... cthnya kita sure syg parents kita.Kita xla pulak kata kita cinta parents kita....sama gak mcm aku klau org aku dh syg aku mmg syg.klau dia sakit aku pun akan rasa sakit, klau dia sedia aku pun akan turut sedia.... sbb aku dh beri kasih sayang aku kat dia.... cume teserlah kat seseorg tu utk m’hargai kasih sayang yg aku berikan.....

Emmmmm nampaknya sudah puas aku membebel pasal buah hati aku ni kan.... aku rasa senang sgt dpt lupakan apa yg aku rasa.... bukan niat aku utk riak dan takbur dgn apa yg aku miliki sekarang tp sekurang2nya aku bersyukur dan hargai pemberian Allah S.W.T kepada aku..... kini aku hanya perlu bersyukur dan meminta doa dan rahmat supaya hubungan kami direstui dan sepanjangkan umur utk hidup bersama dan berkekalan sehingga ke akhirnyaaa....

K la nnt kita cite2 lagi ek....

SELAMAT BERCUTI DIHUJUNG MINGGU

Tiada ulasan: