Rabu, 26 Ogos 2009

MENGENAI WANITA & KUBUR


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.


2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Happy Brithday

Hari ni ramai gak la yg aku dgr2 sambut brithday... aku nk wish hapy brithday kt along aku... semoga along sentiasa hidup gembira disamping isteri n anak2 yg cute2 tu... tq krn byk bg nasihat kt wan... xlupa tq kerana ada ketika wan memerlukan org utk meluahkan segala2 nya...

Xlupa gk nk wish happy anniversary to all fadam fanatic mmbr... hope persahabatan kita berkekalan.. amin

ok la bye

Isnin, 24 Ogos 2009

Untuk dikongsi bersama

TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.
Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3.
Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.
Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5.
Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.
Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.
Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.
Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.
Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10.
Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11.
Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12.
Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang...


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
-
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13.
Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Renungan Bersama

Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah
menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan t imah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat
tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri..

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,
dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu
kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.


Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?


*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

weekendku yg emosi

Hai guest... salam ramadhan aku ucapkan kt korang sume, hri ni aku ni ctekan serba sedikit ttg 1st n 2nd posa aku... 1stday posa xde la terasa sgt maklumlakan belm dtg lagi bulam ramadhan aku dh mula berpuasa dibulan rejab n syaban... jdi xde la mcm sesetgh org yg agak kepoyoan utk berposa... tp sejujurnya aku lgsg x rasa bulan posa ni abg n kakak ipar aku sibok dok cite pasal pasar ramadhan tp aku seperti xde apa2 je.. myb thn ni bln posa aku agak kesedihan... emosi pun xtentu... tp sejujurnya aku mmg teringat kt arwah tunang aku.. 1st day posa aku masak tom yam n kak g masak, masak lemak cili padi ayam tua. 2nd day posa aku masak, masak lemak putih kobis n ayam,udang n kerang goreng.

Sebenarnya aku dh kebuntuan nk cite apa ideal byk tp xde mood nk mengarang... tp semlm emosi aku mmg tersentuh dri pagi sampai mlm... pagi aku n has dok cite kenangan berbuka posa dibukit langat masa tu arwah tunang aku masih ada... ingat lagi kitaorg punya la kelam kabut nk berbuka... emmmm yg pastinya tu memori arwah dgn kawan2 yg kawan2 xleh lupakan... smlm juga shima cite yg ct nor ada ajak dia n suami g kubur arwah... adohhhhhhhhh rasa bagai di tusuk je jantong ni dgn pisau.... klau ct nor, has,nizam rindu kan arwah apa tah lagi aku org yg paling aku syg dan yg paling rapat dgn aku....mcm mn perasaan aku... Ya allah........

emmmmmmmmmmmmmm jom kita nyanyi sama lagu ni.. setiap mlm hanya lagu ni peneman tidoku...

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

Jumaat, 21 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Esok sume umat islam di malaysia akan mula berpuasa... ammmm aku xmo komen lebih2 about kenangan tp apa yg penting this year puasa aku nk jalan tanggungjawab yg kadang 2 sengaja xnk wt iaitu g solat terawih... klau boleh setiah hari aku nk g... klau dlu2 hanya 2 minggu puasa je utk thn ni aku nk pergi setiap hari melainkan hari wanita...

Kawan2 btl ke mak aku ckp bila time puasa org yg dh pergi akan dtg tgk kitaa.... klau la btl aku la manusia yg paling bersyukur... walaupun xnampak yg aku nk rasakan kedtgan arwah tunang aku.. aku btl2 rindu kt abg.. pgi td airmata ku jatuh lagi... emmmmm lemah sgt aku dgn dugaan Allah ni kan.. emmmmmmmmm

Ok la aku nk sambung keje... seblm tu aku ingin mengucapkan selamat berpuasa buat sume.. semoga apa saja kerja dan amalan kita diterima Allah...amin..

syg kt korang tau...peace

Rabu, 19 Ogos 2009

Rindunya nk wt laporan harianku

Dlu aku selalu cite apa xtvt harian aku hingga weekend nw aku semakin malas utk sume tu selepas abg pergi... nw aku rindu sgt nk mengarang... walaupun ada fb tp bg aku blog lagi rapat dgn aku.. btl kata kak shah... kak shah wan mengakui kebenaran kata2 akak...

Esok sume umat islam di malaysia akan menunggu pengumunan tarikh mula kita berpuasa.. emmm puasa kali ni aku terasa sayu je.. ye la thn sblm ni puasa dgn abg... masih ingat lagi kadang2 aku yg kejutkan abg sahur kdg2 abg yg kejutkan aku sahur... nw tiada lagi perkara mcm 2... masih ingat lagi setiap kali time raya sume ahli keluarga akan bertanya bila nk kahwin.... mcm thn lps abah tanya soalan tu pd aku dan aku menjawab thn ini aku akan tamatkan zaman bujang aku tp tu sume perancangan tp Allah dh tentukan thn ni aku masih lagi bujang... ingat lagi aku ckp dgn kak nor thn ni musim geng fadam rasa umah mak mertua... tp hanya kaknor n emy shj tidak bg aku... sedih mmg la sedih nw pun air mata dh mengalir... bkn niat utk menidakan kebenaran tp hati, bahu n perasaan yg tanggung terasa pedih n perit.. tp apa2 pun aku akan tetap menjalankan tanggungjawab sbg tunang kpd abg.. aku akan sentiasa melawat family abg.... nk pulak adik akan menempuh peperiksaan UPSR xlama lagi...

Nw tiada lagi almond london buatan abg... tiada lagi soalan2 pasal kahwin... tiada lagi usikan2 dri abg2 serta kakak2 ku pasal abg...

aku akan lalui alam ramadhan dgn penuh ketabahan... moga aku diberi hidayah oleh Allah.

Ok la aku xmo nangis2 nnt abg risau....

Isnin, 17 Ogos 2009

Penat

hi weekend aku yg begitu memenatkan... bermula dgn hari

sabtu
Pagi pkl 8am aku dh bangun coz hari ni ada training netball... lepas training aku n kawan2 g mkn chicken rica shop tu pun dpt baucer dri fara... (utk makluman korang boleh dikatakan sepanjang minggu lepas aku ni dok makan crs je... maklumla kan dpt baucer) sampai aku naik muak mkn nasi ayam... lepas g umah sal aku ambil daun pandan.Lepas tu trs balik umah... sampai umah aku wt operasi potong daun pandan... coz ptg ni nk g pusara arwah tunangku.. aku g dgn has n bun. Dalam pkl 4pm bru gerak dri umah aku.. sampai dlm pkl 5.30pm.. emmmm kerinduan aku dekat arwah tunang tidak terthn lagi.. hanya airmata aku yg mengalir semasa membaca surat yassin utknya.. aku bagai tidak percaya ini sume.. perit sgt.. aku btl2 rindukan senyuman dia,lirikan matanya, ksh sygnya, nasihatnya, sume yg ada pd drinya aku rindui.... lepas g kubur aku singgah sekejap dirumah mak tunangku.. dlm pkl 7pm kitaorg gerak blk ke ampang coz mlm tu aku ada majlis penghargaan utk pelajar2 yg dpt keputusan cemerlang dlm spm,pmr. Salah 1 faktor aku nk g coz anak buah aku ain pun dpt.. Majlis tu anjuran UMNO bahagian Ampang. Dalam pkl 11pm bru majlis selasai... lepastu KPU3 ajak g mcd.. borak2 makan2 dlm pkl 12am bru balik...

Ahad
Pkl 4.30am aku dh terjaga coz teganggu dgn pggl dri org giler... ntah la aku pun xtau nape org tu begitu b???? ada ke patut dia leh tension dgn aku.. dh tu bahasa mcm sial... wt aku geraam je... nk tido blk pun xde mood baring2 je atas katil... dlm pkl 6am aku bangun terus mandi n solat.. bersiap2 utk perlawanan netball. dlm pkl 6.45am aku otw g lrt ampang coz dh plan jumpa kt sana.. tp korang fhm2 la kan janji melayu... aku terus moody mmg pantang la bg aku utk tunggu org lama2.. dh tu bila aku kol ada yg bru bangun, ada yg bru mandi, ada yg bru nk siap cuma aku, sal,zura n yan je dh siap... dlm pkl 7.30am kete yg aku naik kena gerak dlu.. dh tu sesat la nk kw tmpt pertandingan.. bikin panassss.... bila kol pihak penganjur org lain lak yg angkat klau tau beri petunjuk xpe la gak ni x bebal.... dlm pkl 9am bru sampai... nasib baik xmulakan lagi.. dlm pkl 10am bru pertandingan dimulakan.. kitaorg kalah tp ni satu pengalaman la utk sume ye la training xsampai 4 kali tup2 nk masuk pertandingan.. huhuhuhu... dlm pkl 5pm kitaorg balik ampang.... sggh jap kt umah ada seorg bdk pu3 ni dia wt majlis brithday anak dia... lepas tu balik umah TIDO...

Nw badan penat sgt... rasa nk deman pun ada coz mlm td badan panas... ni pun ada tanda2 nk g cek doctor.

ok la nk rest jap

Isnin, 10 Ogos 2009

Kenangan lalu berulang kembali

Hai guest smlm diadakan persidangan umno bahagian ampang, perasminya dato najib.. best ucapan dia ramai la yg panas telinga..hehehhe... tp bkn itu yg aku nk citekan smlm episod air mata berguguran terjadi.. aku ingat lagi last year arwah tunang aku ditugaskan utk menjaga bahagian keselamatan utk pintu belakang.. entah mcm mn aku rasakan arwah tunang aku seperti ada je di pintu belakang... menyebabkan aku xblh tahan emosi aku..

Rindunya aku pada arwah tunang aku... setiap saat aku xprnh lupakan arwah tunang aku walaupun aku tau dh hampir 58hari arwah pergi meninggalkan aku.... Hanya pd Allah je aku berdoa, meminta n memohon agar aku ditbahkan,dikuatkan serta diberi taufik dan hidayah olehNya...

Dah aku ngantok sebenarnya dh menjadi kebiasaan tidoku xprnh lena...

salam

Jumaat, 7 Ogos 2009

Hanya memikirkan apa yg dh terjadi

Ntah la fikiran aku minggu ni terlalu terok sekali.. hanya memikirkan arwah tunang aku je.. aku btl2 sunyi kini....... setiap hari hanya perkataan bosan...sunyi.. tension je yg aku sebutkan... aku xtau la nape jdi mcm tu... kdg2 aku rasa aku ni giler... nw aku rasa aku btl2 giler..... giler pd arwah tunang aku.........

bosan... mlm ni ada dinner dgn geng fadam... myb aku akan lebih byk berdiam kot... kaki aku pun xelok lagi.. next week dh ada games netball xtau la kaki aku akan sembut or x... hope sembut la kan..huhuhuh

ok la aku xde mood nk mengarang..

hapi holiday

Rabu, 5 Ogos 2009

Rinduku pada nya

argggggggggggggggg aku xleh tanggung rinduku pd arwah tunangku dh.... tension sgt....... kenapa sume terjdi kt aku... aku bosannnnnnnnnnnnnn aku bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

dh tension dgn kehidupan aku yg sunyi....

aku nk tunang akuuuuuuuu aku nk bersama dgn dia....

Ya Allah